“CUTI panjang
tak balik kampung jenguk emak ke?” Tulus tanya Mak Uda pada Rini, anak buah Mak
Uda yang bertugas sebagai seorang peguam di kota K. Dengan wajah yang agak berkerut Rini
menjawab: “Rasa rimaslah nak balik, Mak Uda, semua orang asyik tanya soalan cepu
emas. Tanya Rini bila hendak kahwin. Ingat kahwin ni macam beli buah mangga di
pasar ke?”
Mak Uda pun turut
diam seketika. Memang Rini peguam wanita yang bijak, malah sering memenangi kes
yang diwakilinya. Tapi bab menerima jodoh nampaknya Rini jauh ketinggalan.
Walaupun sudah jenuh usaha keluarga dibuat tapi memang benar agaknya jodohnya
belum tiba. Mak Uda tak pernah sentuh bab ini dengan Rini tapi sering juga memberi
petunjuk soal jodoh dan pilihan dengan kaedah kiasan. Di samping sentiasa
berdoa untuknya mendapat jodoh lelaki yang baik,… insya-Allah.
Masa itu cuti Tahun
Baru Cina, tapi Rini lebih memilih untuk bertandang ke rumah Mak Uda di Bandar S, sedangkan
rumah keluarganya lebih dekat jika dibandingkan dengan rumah Mak Uda.
Mudahnya kahwin: Mudahkan jangan susahkan |
Rini satu-satunya
peguam wanita di dalam keluarga kami. Usianya sudah mencecah 32 tahun. Dia
memang telah berjaya dalam kariernya. Mak Uda pun selalu tumpang bangga dengan kejayaan Rini. Anak
keempat daripada enam adik-beradik. Semua abang dan kakaknya sudah pun berumah
tangga dan berkeluarga, namun Rini kerana terlalu asyik belajar dan menjayakan
karier sehingga macam terlupa soal kahwin. Dan apabila sedar, katanya sukar
mendapat calon yang sesuai usianya. Mak Uda tetap percaya usaha mesti digandakan
jika hendak berjaya, dan itulah yang kami sedang usahakan untuknya!
Dari kecil jika Rini
ada rasa yang agak tidak kena di hatinya dengan adik-beradiknya, kepada Mak Udalah tujuan
berikutnya. Rini bukan calang-calang, dia ada rupa dan karier malah waktu
menjadi mahasiswi di dalam dan luar negara dulu pun dia seorang yang aktif di
dalam pertubuhan sukarela dan amal. Dan kini dia sudah pun mempunyai rumah dan kenderaan
sendiri.
Pada suatu saat
apabila Mak Uda mengajukan pertanyaan soal jodoh dan pilihan kepada Rini, dia
memberitahu: “Mak Uda! Salahkah pilihan Rini jika Rini memilih tidak mahu
berkahwin? Kerana Rini memikirkan Rini sudah ada segalanya. Percayalah Rini
tetap bahagia begini.”
“Tak salah, tapi tak
lengkap! Sebab sebagai orang Islam yang mengaku cinta dan kasihkan Rasul-Nya, Nabi
Muhammad s.a.w., kita mestilah mengikut sunnah baginda iaitu berkahwin dan mempunyai
tanggungjawab keluarga!”
Rini diam dan tunduk
membisu seribu bahasa. Sesekali desah nafasnya begitu dalam sekali, mungkin sedang ligat
memikirkan apa yang Mak Uda katakan agaknya…
Kisah Rini cuma
sebahagian kecil sahaja daripada episod terkini yang melanda ramai kalangan lelaki
dan wanita berkerjaya tapi memilih untuk tidak berkahwin. Kerana beranggapan
mereka sudah mempunyai segalanya. Tak perlu sandaran tanggungjawab berkeluarga.
Dan lebih pelik lagi
apabila kalangan yang memilih tidak mahu mendirikan rumah tangga ini berebut-rebut
pula mengambil anak angkat dan sanggup mengambil hormon tertentu untuk menyusukan badan,
dengan anggapan ia boleh mengatasi masalah muhrim dengan anak angkat mereka.
Ini pastinya
menentang arus yang sudah diatur dengan begitu baik dan kemas oleh Islam dalam
bab-bab perkahwinan serta tanggungjawab berkeluarga. Bayangkanlah untuk
perbandingan, betapa bahagia mereka yang sudah berkahwin; pahala solat
jemaahnya digandakan 27 kali berbanding solat orang yang belum kahwin.
Itu baru
soal solat. Belum lagi hikmah-hikmah
mempunyai anakanak dan keluarga yang boleh meningkatkan barakah dalam hidup.
Yang pasti doa yang baikbaik dari anak soleh membawa jariah berterusan buat ibu
bapa yang sudah meninggal dunia. Di samping banyak lagi kebaikan untuk
dihuraikan satu persatu.
Yang pasti, supaya
Nabi mengaku kita ini umat baginda, kahwinlah! Kerana terlalu banyak rahmat
tersembunyi dalam sebuah perkahwinan yang barakah! Pun begitu, ia hendaklah
dijalankan dalam lingkungan syariat…
Mak
Uda – Bahagia kahwin muda; menjelang usia emas tak jadi cemas kerana anak-anak sentiasa
menambah nilai kebahagiaan rumah tangga!
No comments:
Post a Comment