AJAL, maut, jodoh,
dan rezeki adalah ketentuan Allah sejak azali. Kita sebagai hamba-Nya, wajib mentaati segala perintah
dan meninggalkan semua larangan. Jika ini dipatuhi maknanya kita sudah membina landas keimanan
di dalam kehidupan kita. Dan yang lain-lain pula haruslah diusahakan dengan
sabar, tekun, taqwa dan
sungguh-sungguh.
Apabila disentuh
mengenai rezeki, memang ada di antara kita yang sering menekankan bahawa ia
hanyalah diukur hanya kepada wang ringgit atau kebahagiaan material semata-mata.Ini
tidak tepat. Kerana yang bernama rezeki itu adalah segala bentuk kurnia rahmat
dan hidayah yang Allah kurniakan kepada sekalian manusia.
Yang pentingnya bagaimanakah
cara kita mengurus, mensyukuri dan menikmati segala kurniaan tersebut? Berapa ramai
manusia yang berkeadaan amat keluh-kesah apabila diuji dengan kehilangan harta,
nyawa dan sebagainya lagi? Tetapi akan terus bersyukur dan ingatkah mereka
kepada Allah apabila banyak nikmat dan rezeki yang dilimpahkan sepanjang hidup
seorang manusia di dunia ini? Inilah persoalan yang harus dijawab dengan
keteguhan iman di dada.
Bayangkan betapa pengasih
dan penyayangnya Allah terhadap manusia.Walaupun tidak bersyukur dengan rahmat-
Nya, ingkar perintah-Nya dan pelbagai kemungkaran dilakukan oleh seorang manusia,
Dia tetap memberikan rahmat pada setiap masa dan ketika walaupun tanpa
diminta-minta oleh seorang hamba-Nya.
Contoh paling hampir
dalam diri seorang manusia adalah nikmat rezeki pancaindera. Bayangkan betapa
nikmatnya hidup seorang manusia apabila dilahirkan cukup sifat. Dan tiba-tiba
ditimpa musibah lalu hilanglah salah satu fungsi pancaindera tersebut, pastilah
yang empunya diri akan sedikit keluh-kesah. Sedangkan sewaktu pancaindera itu berfungsi
dengan baik, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri dalam setiap detik waktu
bagaimana kita mensyukuri rahmat tersebut?
Inilah sebenarnya
kenapa kita dianjurkan supaya banyak berzikirullah. Kerana ia adalah merupakan
sebahagian kaedah kita menyatakan syukur terhadap banyak nikmat yang diberi oleh
Allah
Begitu juga sekiranya
kita dikurniakan kelebihan rezeki harta benda yang banyak.Bukankah kita
dianjurkan supaya banyak memberikan sedekah sebagai jalan untuk memberikan isyarat,
bahawa kita amat bersyukur dengan rezeki yang Allahberikan.
Sifat pemurah, penyayang
dan pemaaf adalah amat dituntut oleh Allah terhadap hamba-Nya.kerana melalui
sifat sedemikian kita dapat
menterjemahkan rasa syukur terhadap semua kurniaan Allah kepada kita.
Apakah terjemahan daripada rasa syukur kita? |
Namun balasan tetap
ada kepada hamba-hamba Allah yang tidak bersyukur terhadap rezeki dan kurniaan
Allah. Antaranya boleh
menyebakan kehilangan harta benda, nyawa, anggota tubuh badan dan sebagainya lagi.
Sebagai manusia juga
sebenarnya hanyalah sebagai pengamanah. Kerana setiap apa yang kita miliki
adalah hak Allah. Lalu Allahlah
yang amat berhak menentukan kurniaitu.
Oleh itu menghargai
setiap nikmat yang diberikan dengan cara berkongsi kepada manusia yang lain
amatlah dituntut. Oleh itu jugalah timbulnya konsep membayar zakat yang menjadi
salah satu rukun kepada orang Islam.
Supaya Allah sentiasa
sayang dan terus memberikan rezeki yang luas dan melimpah ruah, janganlah lokek
untuk berkongsi nikmat
dengan orang lain.Dan jangan lupa pula untuk sentiasa mensyukuri pemberian
tersebut. Selagi Allah mahu merahmati kehidupan kita.
Pengertian rezeki
juga amat luas, seluas pintu-pintu nikmat yang Allah sentiasa berikan kepada
hamba-Nya!
Oleh itu untuk
sentiasa mendapat kasih sayang Allah, kita juga dianjurkan agar selalu berkasih
sayang sesama manusia… ✻
Mak
Uda – Kecil atau besar
kurniaan
Allah itu adalah rezeki.Yang
kadangkala
diturunkan kepada kita
sekadar
untuk menjadi sebab supaya
kita
melebarkan kurnia tersebut
kepada
insan lain!
No comments:
Post a Comment