Biografi Penulis

Sekarang saya bertugas sebagai Pengarah Komunikasi Korporat Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Ini berkenaan diri saya yang saya sedut daripada buku 'Selera Dapur Anis'.

Lahir di Kampung Sungai Balai, Bagan Datoh Perak. Telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang kewartawanan dan penulisan. Beliau juga adalah mantan Editor Pengasas Majalah ANIS.

Menjadikan memasak sebagai hobi dan telah memasak untuk ruangan Aroma Anis sejak 15 tahun lalu sebanyak 300 resepi pilihan.

Berpengalaman menyusun lebih 20 buah buku masakan pada awal tahun 80-an di syarikat Penerbitan Amir Enterprise Sdn Bhd dan Pena Sdn Bhd.

Pada tahun 1989 telah menghasilkan dua buah buku-Lauk Pauk Tradisional 5&6 terbitan Syarikat Penerbitan Kintan. Ia sempat diulang cetak sebanyak empat kali. Kini disusuli dengan buku Selera Dapur Anis.

Melalui buku ini, beliau telah menghasilkan masakan-masakan yang pernah disediakan dan disiarkan di dalam majalah Anis.

Jika mahu beli dengan saya sila jadi rakan di facebook

Seperti yang selalu ditegaskan olehnya, 'Memasak adalah satu kemahiran. Oleh itu ia hendaklah sentiasa diamalkan, supaya akhirnya nanti akan menjadikan seseorang itu pandai masak'.


No comments:

Post a Comment